Dash | Follow
Hello Kitty
HAZA CANTIK?!

Welcome to my simple triple blog,i'm Hazatul Husna. Thanks for visited my blog,nice to meet you,leave your footstep at my cbox, Do follow :)


Menu

owner Back


TagBoard





Credit
Template by Atin Tory
Edited by hazatul husna
Help by
Wana, Afiqah.



you know how it's feels bila orang yang everyday you talk with, right now dah hilang. you gonna fell like something missing. totally lost, semua benda tak kena. buat apa semua tak jadi, serious. rasa down depression semua la. then the worst part bila kau kena act like nothing happen, buat buat happy, buat buat ada life. damn. aku benci perasaan mcm sekarang, i hve no one to talk with, sampai ada satu part bila tak tahan, pergi toilet meraung puas-puas, menangis puas-puas.then masuk kerja mcm takde apa. like seriously aku nak stop semua benda ni. im so tired with all this thing. but deep inside i still hoping for him. arghh stress





TIPS NAK MOHON KERJA!

Assalamualaikum and Hi,

Jadi tujuan entry sebab nak bagitahu tahap kebosanan aku even bru 2 minggu habis study, bila aku mula duduk rumah makan tidur, sumpah aku rasa mcm tak berguna -_- paling sedih bila aku terlepas 2 iv, sbb aku tak perasan bila dia email ya Allah menyesalnyaaaaa. 

then berbalik pasal kisah nak cari kerja tadi, gentle aku apply dkat mau kerja semua sampah, aku asyik kena reject. aih, so yang 2 iv tu dri jobstreet, dan aku tak pergi. sebab tarikh dh lepas. kau tahu tak rasa dia mcm mana? rasa mcm pehal la bodoh ngat aku tak check email. kalau tak mesti aku dh dpt kerja. aih, takde rezeki. takpe mungkin ada hikmah dia (ayat sedapkan hati, padahal dari ritu dok maki diri sndiri). and btw smlm aku ada scroll twitter *actually hari2 aku scroll -_- so yah aku ternampak tips nak dapatkan kerja dari jobstreet okay aku highlight kan sebab benda penting lagi2 untuk fresh graduated mcm aku, and im sure ramai yang ada masalah nak cari kerja. apply kerja asyik kena reject.

Image result for jobstreet

so first sekali, bila apply kerja dekat jobstreet, kau jangan nak apply thru jobstreet, k mcm pening kan? okay mcm ni, korang bukak jobstreet, tengok company yang buat job vacancy, korang bukak ah baca dia nak jawatan apa, company tu buat apa, then korang tengok bawahnya iaitu part yang dia letak contact number (tel/email). so korang amik dia punya no tel, korang call. 

cara call:
1.bagi salam
2.kenalkan diri (at least nama)
3.bagitahu tujuan call (cakap la nak tanya pasal vacancy
4.minta email kalau takde email dkat jobstreet
5.minta nama p.i.c (person in charge , so papehal senang korang tahu nak rujuk dekat sapa)

okay selepas tu korang buat la research sikit pasal company tu, tengok dia buat apa. at least nanti kalau dia panggil iv korang dah faham serba sikit skop kerja korang. so yah. next cara nak email resume. korang kena tahu jugak macam mana nak email resume bukan bodoh2 mcm tu je, kena ada cara. supaya dia tahu kita ni jenis mcm mana, n kita serious ke tak nak kerja dgn company dia. baru la nampak profesional gituh. so tips nya

cara email resume:
1.subject: letak permohonan jawatan sebagai / Job Application as (jawatan tu korang kena tengok dkat jobstreet, so korang letak je jawatan yang korang nak mohon)
2.body: korang perkenalkan la diri sikit / background study / pengalaman kerja / sebab kenapa dorang kena ambil korang bekerja
3.Attach resume korang
p/s: kalau korang dah nampak company tu memang guna full english please jangan guna resume bm or subject n body tu guna bm. usaha guna english even tonggang terbalik. dan dekat resume korang please letak english language paling2 50-75% sebab apa? benda ni kau boleh belajar. ni awal2 dah nampak lemah taruk english 20-30% -_- kau ingat ni sekolah ke apa. please jangan buat hal k gaiss.
okay settle

lepas dh settle emailkan resume, kalau korang nak lagi yakinkan company yang korang betul2 nak bekerja, korang call company tu bagitahu yang korang dh emailkan resume and minta dia untuk semak. actually ni depends samada nak call ke tak, kalau takde kredit tak payah. aku paham dah takde kerja duit datang dari mana.

then lepas brapa hari korang boleh call lagi company tu, okay nampak mcm semak kan asyik call. actually call ini sebab nak tahu status permohonan korang and untuk tunjukkan korang sangat berminat dengan kerja tu. so try je la call, kalau masih dapat dia masih angkat dan layan kau okay la, kalau dia dah block kau, tetiba call berhari2 tak angkat, dah boleh dengar dah lagu haqeem rusli - tergantung sepi. kk joke. so yah thats all for today. hopefully tips tu dapat membantu korang jugak. 






Trend Kahwin Muda

Assalamualaikum and Hi!

Sebab haza bosan so yah malam ni haza nak berceloteh pasal topik "kahwin pada usia muda" aku mula perasan, sekarang ni kita terlalu obses untuk kahwin awal. sebab apa? sebab ramai pasangan yang kahwin muda then acah2 share pengalaman dorg la ape la. please gaiss, apa yang dorg share tu hanya 10% dari life as husband and wife. reality tak seindah tu. 

Image result for husband and wife islam

berkahwin bila kau betul2 ready, jangan sebab orang kahwin then kau pun sibuk nak kahwin. padahal satu haprak tak ready. kalau korang perempuan, tanya diri tu "dah pandai masak tak? ready tak nak bangun awal pagi nak siapkan breakfast untuk husband? ready tak lepas dah penat2 balik kerja kena uruskan husband? ready tak nak bangun bancuh susu malam2 bila anak nangis?" yang lelaki tu "ready dah nak tanggung perangai meroyan wife waktu period, ready tak nak kena sabar dengan kerenah isteri yang tak pernah dewasa? paling penting ready tak nak jd imam untuk wife and anak2?'

 

bila nak kahwin ni kau kena fikir long term, kau kahwin bukan untuk sebulan dua mcm korang couple tu. korang takkan kenal pasangan kau tu selagi kau belum nikah dengan dia. zaman dulu boleh la kau kata sebab sayang kau nak terus kahwin, tapi serious babe zaman sekarang tanpa duit, kau takde apa2. sebab tu before nak kahwin kau kena fikir mcm mana nak uruskan keluarga kau lepas kahwin. nak stay mana lepas kahwin? takkan seumur hidup kau nak stay dkat rumah keluarga kau? kau kena fikir transport macam mana? takkan seumur hidup kau nak pakai motor? actually tak perlu pun kau beli kereta yang gempak2, as long ada transport untuk bawak family, cukup dah.

kau tak perlu belajar tinggi2 untuk dapat kewangan yang kukuh, kalau kau tak mampu nak sambung belaja mcm orang lain, kau usaha cari duit, kumpul modal untuk buat business. sebenarnya benda mcm ni nak taknak je. so nak kahwin tu kalau boleh elakkan orang yang pemalas ni. aku lg prefer lelaki yang usaha untuk cari rezeki dari lelaki yang harap harta mak bapak. biar start dari bawah, slow2 dia usaha and at last dia dpt apa dia nak. kalau dh memang keluarga kaya, selalunya kau takkan dpt rasa mcm mana bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.

so berbalik pada topik td. sometimes aku pelik mcm mana orang boleh kahwin waktu dorg dkat u, yes laki bini student u. full time student. sapa yang tanggung rumah, kereta what so ever. aku yang bujang ni pun kadang sesak bila hujung2 duit pun dh kering, nak bayar duit rumah sewa yang share ramai2 pun mengeletar tangan hahah. 

kesimpulannya, mungkin orang yang kahwin awal ni sebab dah sampai jodoh dia, and bukan salah korang kahwin lewat, actually dorg ni yang kahwin awal nau. tak perlu rushing, in shaa Allah nanti sampai la masanya sabar okay. kenal dulu hati budi masing2, jangan frust bila Allah putuskan hubungan kau dengan pasangan, sebab setiap janji Allah tu pasti, dia nak berikan yang lebih baik. mcm mana nak dpt jodoh yang baik? kau dekatkan diri kau dengan Allah kemudian Allah akan hadirkan orang yang baik2 untuk kau. someone cakap dkat aku "dugaan perkahwinan ialah waktu 5 tahun awal perkahwinan, waktu tu ribut taufan, tsunami semua jadi. so kau memang kena siapkan fizikal n mental kau. jangan fikir syok kahwin je. tanggungjawab tu babe, bila kau dh ready, dah ada pasangan, dan cukup serba serbi, jadi berkahwin lah. 







Foundation Under RM100 ?!!!!!! Berbaloi ke Idok?

Assalamualaikum and Hi everyone !

Harini haza nak share beberapa brand foundation yang haza dh try dan best gilaaa. so korang pun boleh try!

1. Loreal Paris Mat Magique 12H 
Rn haza guna foundation ni. almost 4 months haza pakai, medium coverage, means sesuai untuk daily makeup. tak terlalu tebal, just nice gituhh. harga dia RM30-40 mcm tu, haza beli waktu sale RM19 satu haritu haha/ dah la haza salah beli actually, terbeli yang colour gelap dri kulit so yah terus nampak guwe hitam, hahahah dah la beli sekali 2 bana, so nak kene tunggu habis bru beli cod yang lain -_- 

2. Elianto Foundation Stick
yang ni haza punya fav foundation, paling senang nak blend dkat muka, harga pun murah dlm RM70 rasanya. last year ada buat sale RM49 free eyeshadow, so agak2 bila nak sale, korang boleh la borong sekali banyak haha sebab memang berbaloi dengan harga dia. tak perlu nak pakai primer ke apa ke, so dan jimat duit and masa dekat situ. lagi2 student kan, mana mampu do nak pakai barang2 dkat sephora.

3. Maybelline Dream Velvet
dalam banyak2 foundation yang haza try, yang ni yang paling full coverage, habis lesap do jerawat2 aku, tapi yah tebal sangat, tak selesa kalau pakai lama2 sebab tebal. harga dia dalam RM 30-40 jugak. murah kan? sesuai utk korang yang nak makeup untuk event ke apa ke, tapi untuk daily makeup tak digalakkan okay.

4. Silkygirl Skin Perfect
sapa kata silky girl ni barang dia tak okay, haza banyak kot makeup silky girl, foundation dia best, mascara best, eyeliner best and paling best harga berpatutan, sesuai untuk orang yang baru nak try belajar makeup, korang boleh try dengan guna barang dri silkygirl. yang ni haza rasa dlm RM20 something, even packaging kecik, tapi boleh tahan almost sebulan. ringan je dekat muka.

so tak semestinya barang murah ni takde kualiti, ada sstgh yang kualiti dia sebagus foundation yang mahal, so ni adalah list produk yang haza dah try untuk jangka masa yang lama. semoga bermanfaat untuk semua. bye geng









Skincare Yang Boleh Didapati di Drugstore

Assalamualaikum and Hi

okay actually harini haza nak cakap pasal skincare routine. btw haza ada skin prob yg agak teruk sebab tiap kali ada jerawat haza suka kopek so thats why dia tinggalkan parut mcm chichen pox, sangat2 teruk okay. tapi tak serik, still kopek. hahahha perangai. okay teruskan kepada agenda kita, okay so haza akan sharekan beberapa produk yang dpt positive feedback dari orang ramai yang berjaya sampai flawless gitu.

1.cetaphil gentle cleanser

okay haza dh try produk ni waktu bulan 2 haritu sebab ramai yang suggest produk ni. best memang best sebab takde chemical tapi yang tak bestnya sebab langsung takde buih, tak rasa pun cuci muka, so tiap kali cuci 2-3 kali, botol kecik 2 minggu dah habis haha. actually product ni bukan yang jenis pakai sekali terus elok muka, kau kena pakai untuk jangka masa yang panjang baru nampak effect dia.

2. Himalaya neem cleanser
okay ni pun salah satu produk yang ramai kata best, so haza pun try bertukar dari cetaphil yang mahal ke produk yang lebih mampu milik. tapi sayang seribu kali sayang bila haza pakai berbulan-bulan takde effect -_- jerawat aku makin bertambah dan parut aku sama je, so cemana tu? sebab skin aku yang tak sesuai, or sebab orang ramai tu bg feedback yang salah? sebab mostly yang pakai aku tengok sama je aih

3. Nuteen cleanser
okay yang ni haza baru je try dlm 2 minggu. so far okay, jerawat tak berapa timbul and seronok gosok2 pipi sebab ada buih. baru rasa puas cuci muka haha so produk ni masih dalam proses percubaan, so tengok dlm sebulan cemana effect dia. 

and disebabkan haza pakai makeup everyday sebab muka hancur gi kerja aih tak confident, so tiap kali cuci haza akan buang makeup pakai makeup remover brand loreal  yang ni haa
haza tak pernah try pakai brand lain selain loreal dgn silky girl, so far okay, harga pun mampu milik, so tak payah fkir nak tukar2 brand lain.

so selepas buang makeup pakai makeup remover yang dituang di atas tisu basah, 2 hari sekali haza akan scrub muka guna produk ni 
okay yang ni sumpah best gilaa. scrub dia tak kasar pun, so boleh tonyoh2 dkat area yang banyak whitehead. lepas guna scrub ni rasa licin je muka, tp sekejap je la. jerawat2 tu masih ada, payah nau nak hilang, so lepas scrub ni bru haza akan cuci muka pakai cleanser. baru la rasa yakin yang kita dah buang makeup kita, so akhir kata, ni semua produk yang haza dh cuba sndiri, dan ni cuma komen haza, maybe ada skincare yang kulit haza tak sesuai dan kulit org lain sesuai, actually benda ni depends, jangan terlalu ikut cakap orang, tapi tak salah untuk mencuba. make sure baca feedback pasal produk before beli. goodnight everyone !






IM NOT A TEEN ANYMORE !

Assalamualaikum and Hi !
Im back gaiss

tujuan update sebab aku tetiba teringat ayat someone "bila seorang lelaki tinggalkan orang yang cantik untuk org yang kurang cantik ni, mesti sebab orang cantik tu yang bermasalah, bukan lelaki tu" so yah maybe dia betul. aku mungkin kena stop tunding jari dkat pihak lain dan letakkan segala kesalahan dkat dorg. aku pun maybe salah, tp sbb marah and frust so yah for sure aku akan jd tak puas hati dan salahkan orang lain. bila aku fikir2 balik, memang aku kena ubah sikap buruk aku. antaranya over control pasangan, sampai dia semak, everything kena report, sentiasa nak perhatian, tak bagi dia kawan dgn perempuan, semua benda tak boleh. yes kalau lelaki buat mcm tu dkat aku, aku pun semak. and aku ada sikap buruk which is aku bila marah, aku keluarkan kata2 yang kesat. so confirm as lelaki dia akan tercabar sbb perempuan tu berani nak maki hamun dia. lagi2 kalau main tuduh je tak siasat dulu. apa ke banggang la hazaaa. yas aku mengaku aku tak matured, aku tak boleh nak fikir panjang, tu memang salah aku. aku over attached, semua benda nak kena ada dia. benda kecik pun nak cite dkat dia, orang try aku pun cite dkat dia, bana apa. kau ingat pakwe kau tu tunggul ke do. jd betul lah, aku kena belajar kenal diri sndiri, sayang diri sndiri, baru aku bersedia nak sayang orang lain. dan cari salah sndiri dulu sebelum salahkan orang lain. 






Assalamualaikum and hi 😃

Setelah sekian lama aku membiarkan blog ni berhabuk. And now here i am!! Okay, act takde benda pun aku nak kongsi. Just beberapa pengalaman aku yang buatkan aku serik nak sayang orang. Bila org mengata"seronok ke tukar tukar bf?" Jap, kau jangan mengata kalau kau takde kat tempat aku. Kau tak pernah rasa apa aku rasa. Kau kawan aku, tapi belakang aku kau kutuk aku. Kawan apa tu wey? Sampai satu tahap aku biarkan je org nak kata apa pasal aku. Mulut org kita tak boleh tutup. And semakin umur aku meningkat, semakin banyak lelaki yg aku kenali. Pelbagai jenis lelaki sbnarnya. N mostly "couple dri rupa" ya. Bila tanya dorg will be like tak lah rupa paras tak penting pun sbnarnya. Yang penting hati.  Jap, nak muntah. Tu semua fake. All boys are just the same. 







Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.






ASSALAMUALAIKUM AND HI :)

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA ♥ Terus tersenyum walaupun kau sering disakiti oleh dirinya.